JOHOR BAHRU: Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini selepas balik daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai petang ini.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya.
Beliau berkata insiden dipercayai berlaku semasa Tan dalam perjalanan pulang selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yassin di sini.
"Mangsa dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut.
"Anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan dua gergaji rantai," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Shah Rizal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.02 petang sebelum sebuah kenderaan EMRS dan kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan 10 anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya. - Foto Twitter Bernama
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.
Wanita cedera kereta ditimpa pokok tumbang ketika balik mengundi
Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang selepas balik daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai petang ini.
Wanita cedera kereta terbabas masuk longkang
Seorang wanita cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang di Seksyen 18, Shah Alam pada Ahad.
Wanita cedera terkena libasan parang dalam kejadian samun
Seorang wanita berusia 50-an cedera di bahagian dagu akibat terkena libasan parang oleh seorang individu bertopeng dalam kejadian samun di Felda Air Tawar 4 di Kota Tinggi, semalam.
Wanita disyaki ada hubungan sulit cedera ditikam suami
Seorang wanita mengalami beberapa kecederaan di badan selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Tabuan, Kuching pada Jumaat.
Gara-gara najis burung, wanita cuba lerai perbalahan bapa dengan jiran cedera terkena sabit
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4.10 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun mendapati jirannya berusia 42 tahun bertengkar dengan bapanya.
Wanita cedera terjatuh selepas beg direntap peragut
Seorang lelaki ditahan polis selepas terlibat dalam kejadian ragut bersenjata terhadap seorang wanita, awal pagi Selasa.